Apa itu Freemason? mungkin ada antara kita di malaysia ini kurang faham mengenai freemason dan korang join sahaja pertubuhan tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya, buat anda di malaysia yang dah join freemanson tu jangan ingat erti seronok sahaja,sila baca yang saya kongsikan untuk anda ini sebelum anda akan meninggalkan budaya ikutan penyembahan freemason. jika anda semua ingin mengetahui simbol2 amalan penyembahan syaitan ini.. sila lah KLIK pada laman ini...
Mungkin atau tidak ada diantara kita hanya pandai menuturkan perkataan Freemason ini, akan tetapi tidak pula mengetahu sejarah asal penubuhannya, yang mana adalah salah satu penyembahan syaitan yang terlalu eksklusif dimana amalan penyembahan ini telah dianuti oleh tokoh tokoh ternama di dunia ini..


Freemason adalah organisasi Yahudi Antarabangsa, sekaligus merupakan gerakan rahsia paling besar dan paling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua kata yang di satukan. Free ertinya bebas atau merdeka, sedangkan Mason adalah juru bangun atau pembangun.
Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.
Tentang Haikal Sulaiman atau Solomon Temple ini sendiri banyak sumber yang mendefinisikan berlainan. Salah satu tafsir yang paling popular adalah, bahawa Haikal Sulaiman berada di tanah yang kini di atasnya berdiri Masjidil Aqsa. sila rujuk ini untuk lebih lanjut http://rmf7.wordpress.com/2011/05/05/apa-itu-freemason-sejarah-freemason/






Banyak Muslim yang anti-Masonry beralasan bahawa Freemasonry sangat dekat dengan Semitisme dan Zionisme, meski pengkritik lain mengatakan bahawa Freemason ada hubungannya dengan Dajjal. Beberapa Muslim lain yang anti-Masonry beranggapan bahawa Freemasonry memiliki misi untuk mempromosikan Yahudi di seluruh negara di dunia, dan misi terbesar mereka adalah mendirikan Kuil Solomon di Jerusalem setelah menghancurkan Masjid. Pada artikel 28 dari konvensyen Hamas, dinyatakan bahawa Freemason, Rotary, dan kumpulan yang serupa yang lain “bekerja dalam kerangka dan berdasarkan Arahan Zionisme …” Namun, beberapa negara seperti Turki dan Malaysia membolehkan Grand Lodge.




saya berharap agar anda semua sentiasa berwaspada dengan tingkah laku diri dan sekeliling anda agar tidak terpengaruh propaganda budaya barat yang sentiasa tidak berputus asa umtuk merosakkan pemikiran anak anak islam di luar sana.. Assalamualaikumm..